Dapatkan 68 Pilihan Apam Balik Unik Hanya Untuk RM2 di Gerai Di Danau Kota Ini. Best! - Says Fast
SUBTOTAL :

Follow Us

Dapatkan 68 Pilihan Apam Balik Unik Hanya Untuk RM2 di Gerai Di Danau Kota Ini. Best!

Dapatkan 68 Pilihan Apam Balik Unik Hanya Untuk RM2 di Gerai Di Danau Kota Ini. Best!

Short Description:

Product Description

Apabila ke pasar malam, antara snek yang wajib dibeli ialah apam balik. Sama ada apam balik nipis atau tebal, memang tidak boleh dinafikan yang kesemuanya rasa enak sekali.

Image from giphy.com
Image via giphy.com
Apam balik yang klasik selalunya mempunyai topping kacang, gula dan jagung berkrim. Rasa kacang yang crunchy dan savory memang sesuai dipadankan bersama gula manakala jagung pula memberikan rasa lemak-lemak manis kepada apam balik ini.  

Tetapi kini anda boleh menikmati 68 pilihan apam balik yang menarik di Apam Balik Bandung yang terletak di Uptown Danau Kota.
Antara topping unik yang terdapat ialah nestum madu, milo, peanut butter, susu dan banyak lagi!

Lihat gambar-gambar yang melazatkan di bawah: 
Apam Balik Bandung menjual setiap apam balik pada harga yang sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan apam balik biasa hanya untuk RM1 sahaja. Anda juga boleh menambah topping istimewa untuk RM0.50 sahaja. Manakala cheese leleh boleh ditambah untuk RM2.00.

Apa yang best tentang snek jalanan ini ialah apam balik yang disediakan tidak begitu tebal dan mempunyai luaran yang crispy. Dalam masa yang sama, isinya yang sangat lembut dan gebu. Memang bersesuaian dengan topping yang menarik seperti milo, butterscotch, dan juga cheese leleh! 

Jika anda ingin mengubah selera, anda juga boleh mencuba apam balik savoury yang mempunyai serunding daging, jagung, dan cheese leleh sebagai topping. Memang layan!


Anda teringin nak cuba? Dapatkan info penuh Apam Balik Bandung di sini:

Cawangan Danau Kota

Alamat: 1, Jalan 2a/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
7.00 malam - 3.00 pagi (Ahad hingga Khamis)
Tutup setiap hari Jumaat.

No. Telefon: +6011-2362 5266

Restoran ini juga mempunyai cawangan-cawangan lain di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. 

0 Reviews:

Post Your Review