Netizen 'Naik Gila' Dengan Kualiti Gambar Cawan Tealive Ni. Tak Sangka Pakai Phone Je! - Says Fast
SUBTOTAL :

Follow Us

Netizen 'Naik Gila' Dengan Kualiti Gambar Cawan Tealive Ni. Tak Sangka Pakai Phone Je!

Netizen 'Naik Gila' Dengan Kualiti Gambar Cawan Tealive Ni. Tak Sangka Pakai Phone Je!

Short Description:

Product Description

Kamera telefon pintar makin lama makin bagus

Image from techadvisor.co.uk
Image via techadvisor.co.uk
Setiap tahun, syarikat teknologi berusaha bersungguh-sungguh untuk menaik taraf salah satu fungsi paling penting dalam telefon pintar mereka iaitu kamera.

Kalau dulu pengguna hanya terhad dengan satu lensa, kini pengguna boleh nikmati telefon pintar yang semakin canggih dengan pilihan dua, tiga, atau empat lensa. Eh, lima lensa pun ada tau!
Nokia 9 yang diperkenal pada awal 2019 memuatkan 5 lensa kamera
Nokia 9 yang diperkenal pada awal 2019 memuatkan 5 lensa kamera
Image via mashable.com

Tapi adakah telefon pintar dengan banyak lensa mampu mengambil gambar dengan kualiti yang lebih baik berbanding satu lensa?

Tak semestinya. Jom kita lihat buktinya di bawah.

Seorang pengguna Twitter, @Ashril_92 baru-baru ini memuat naik gambar cawan Tealive yang baru dibelinya. Ashril yang juga pengasas @malayfoodielicious memang terkenal dengan posting gambar-gambar makanan dan minuman di laman Twitter dan Instagram miliknya itu.

Ini gambarnya: 

Namun lucunya, segelintir netizen lebih tertarik dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh Ashril tersebut berbanding minuman yang dipaparkan

Netizen yang kagum mula melihat secara dekat dan secara lebih terperinci terhadap kualiti gambar berkenaan, siap ada yang zoom pada cap jari dan kesan garisan tangan.

Memang nampak segalanya!

Amacam? Boleh lawan kualiti animasi Toy Story tak?

Selepas gambar ini tular, netizen masing-masing bersemangat nak tahu kamera apa yang Ashril pakai sehingga mampu mendapatkan hasil yang begitu hebat dan detailed

Image from Twitter @Ashril_92
Image via Twitter @Ashril_92

Rupa-rupanya, gambar itu diambil menggunakan telefon pintar yang mempunyai hanya satu lensa kamera sahaja. Wow!

Image from Twitter @Ashril_92
Image via Twitter @Ashril_92
It's Pixel 3 XL people!
Tak dinafikan, kamera satu lensa binaan Google ini adalah antara yang terbaik pernah dimuatkan dalam telefon pintar. Jika dibandingkan dengan kamera telefon pintar jenama lain, kamera pada Google Pixel 3 XL ini sememangnya sukar ditandingi dari segi kualiti.
Ini dia Google Pixel 3 XL
Ini dia Google Pixel 3 XL
Image via pocket-lint.com

Gambar cawan itu turut mendapat perhatian dari pengasas Tudung Ruffle, Nononesss dengan pengikut seramai 531 ribu di Instagram

"Tak sangka camera phone boleh cantik macam ni," tulis Nononesss atau nama sebenarnya Hanis Arif di Insta Story.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak mampu beli Pixel 3 XL, boleh beli Pixel 2 XL sebab dah murah!

0 Reviews:

Post Your Review