"Ya Allah Kayap!"- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Hampir Hilang Mata Kiri Kerana Kayap - Says Fast
SUBTOTAL :

Follow Us

"Ya Allah Kayap!"- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Hampir Hilang Mata Kiri Kerana Kayap

"Ya Allah Kayap!"- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Hampir Hilang Mata Kiri Kerana Kayap

Short Description:

Product Description

Sebut sahaja 'Kayap', pasti ada gambaran tertentu yang muncul di fikiran anda, bukan?

Click to Reveal
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Image via The BMJ
Penyakit Kayap atau juga dikenali sebagai Herpes Zoster ini merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VVZ). Untuk pengetahuan anda, antara gejala atau tanda penyakit ini menyerang selalunya akan menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian sahaja.

Ia juga lazimnya melibatkan bahagian dada (thoraci) dan juga bahagian muka (trigeminal). Bagi tanda-tanda awal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat. Malah, anda juga akan demam, sakit kepala dan sering keletihan. Simptom tersebut akan dialami oleh pesakit sebelum tanda-tanda kulit timbul dan akan dialami secara berterusan sehingga 3-5 hari.

Seperti perkongsian seorang lelaki iaitu Anwar yang telah membongkar betapa peritnya pengalaman dihadapi ketika diserang penyakit Kayap ini

Click to Reveal
Image from Twitter @anwar_26927
Perkongsian tersebut telah ditulis sendiri olehnya dan meraih lebih 2 ribu retweets di laman Twitter ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

"Aku pernah hampir hilang mata kiri dek kerana KAYAP"


Antara simptom yang dialami merupakan sakit kepala dan mata berdenyut begitu kuat


Apabila diperiksa sendiri oleh ibunya, memang mengejutkan kerana yang timbul adalah Kayap! Bahaya kerana penyakit ini mungkin boleh bawa maut.


Jika anda mengalami situasi seperti ini, terus pergi ke hospital. Jangan tangguh!


Ketika proses untuk sembuh pula, anda jangan pernah berseorangan. Perlu ada sesiapa yang menjadi teman untuk ke mana-mana.


Alhamdulillah, ini rupa selepas sembuh dari Kayap dan parut juga hilang!

Sumber: Twitter @anwar_26927

0 Reviews:

Post Your Review